Monday 22 August 2011

Phewwiittt! Nak Raya dah weyhh! suka3


Assalamualaikum! Perghhh aku lahh orang yg paling bahagia skali kat dunia nih bila sebut fasal Hari Raya .
Alalalalaa sukanya. hakhak . Sempena nak nyambut syawal yg mulia nih . 
Aku meriahkan lah blog aku nih dgn lagu Raya eh.
 Selamat menjamu lagu raya ye semua. 
Ahaaa. Kalau nak menjamu kuih raya silalah dtg ke rumah ! :)

Bukan nak cerita apa. Hari Raya nih hari yg sepesial bg aku! Sbb hari nih laa hari aku dapat melantak dgn byknya dan free of charge pulak tuh. uihhh seronok. Perghhhh! Lagi lagi kalau kena masakan mak wa yg sedap tu. Pagi raya jugak dah lesap mknn atas meja. haha. Seronok lagi bila dapat kumpul ramai2. sepupu sepapat yg jauh jauh tu ( jauh tk berapa jauh laa dkt Johor je pun! haha ) . Lepas tu dpt pakai cantik cantik.
 Bergaya vougey vougey!
Snap picture sana sini hala hala Model malaya .
 Uihhh. Have fun sgt. 

Tapi ada jugak part sedih nya yg tk boleh aku control. Bila nak mintak maap kat Mak Ayah! Ini yang aku tensen nih.
Dah make up.
touch up lawa lawa sekali menangis daa.
Cair terus make up. haha.
Yang peliknya tiap tiap tahun mintak maap menangis. Lepastu buat lagi.
Memang da lumrah laa manusia mcm nih. Tetap tk boleh lari dari buat salah.
Tak kira laa silap kecik ke besar . huhu .

Tapi yg penting sambut Hari Raya nih biar bersederhana . Jgn over sgt yek. Nawaitu sbb nak sambut kemenangan selepas sebulan kita menahan nafsu lapar dahaga dan mcm2 nafsu lagi lah. Syaiton dah kena ikat bulan Ramadhan nih. Kalau ada lagi hamba Allah yg ponteng2 puasa tanpa sbb tu.
 haa lu pikir lahh sendiri. Dah boleh amik kelas belajar tahan nafsu serakah dah tu eh! hahaa :D Haa, so pada yg tk puasa tu.
 Dh boleh dduk kt rumah diam diam dah .
 Tk payah sambut! *Kecuali kaum hawa laa :) 

Tapi dalam meriah2 Hari Raya . Dlm seronok2 sambut  dengan family .Jgn lupa pulak kita sedekahkan Surah Al-fatihah kpd mereka yg dah kembali ke rahmatullah tu. Semoga aman laa mereka dekat sana termasuk slh seorg ahli keluarga aku yg sgt sgt aku syg dan rindu :( iaitu Armahumah kakak ku yg comel dan montel Siti Salmah nih. sayang kau mah! Al-fatihah :) Aku doakan kau terhindar dari azab api neraka, seksa kubur dan tergolong didlm golongan org org yg beriman. Amin amin amin ya rabbal a'lamin. 

Nahh, setakat ni jelaa celoteh aku utk meriah hari raya nih. haha. 
Apa apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitrti kpd semua umat Islam di Malaysia dan seluruh pelusuk Dunia  
( Macam diorang baca entry aku je kan? Hakhak ) takpe janji ikhlas.
Maaf zahir & batin skali yek. Mana tau aku tersilap taip ke atau ada kata kata or statement kt blog aku nih yg menyinggung hati sapa sapa.Segala khilaf harap diampunkan. Sama sama lahh kita membuka lembaran baru Di syawal yg mulia tahun ini. Full stop! :D

Saturday 20 August 2011

Suka suki aku je...

Assalamualaikum! haa, cek nak habaq mai nih.
Uitt, Terkeluaq bahasa utara pulok doh. hehe.
Mentang2 roomate dengan org penang naa. hahaa.
Blajaq laa sikit2 bahasa penang. Belung hok ghoyak ganu lagi nih.
Guane orang johor ghoyak ganu? buruk gok bunyi nye. hikhik:P

Cerita fasal bahasa nih, Housemate aku mcm2 bahasa ada.

Mmg satu Malaysia kitorang nih. hok mai dari penang ada, ganu ado, klate ado, perok ade, nogori pon ada gak. Haa, dah boleh belajar loghat negeri masing2 dah nih.
Tk payah nak amik kelas bahasa ke apa. Cukup pakej! Free of charge je. Hehee.

uhukk! Apa aku nak cerita td ekh? haha.
Boleh pulak cerita fasal bahasa. atoyyy.
Haaa, fasal paper Macro tadi. Alhamdulillah. Dapat jugak aku menjawabnya dengan senang hati skali. Syukur sgt sgt sbb bernasib baik. Assignment yg mdm bg mmg ada hikmahnya. Fiuhhh. Hope next paper e-comm yg baru belajar smpi chapter 2 nih boleh mmbantu. Even dlm test masuk sampai chapter 4. Huhh, nak kena study sndri lagi. Tapi tkpe dimana ada jln disitu ada'highway'. kan kan kan? Ahaahahaa :D

Dah laa, penat nk mengarut panjang lebaq.
Dah penat menngajar c tyra melilit shawl hala hala hana tajima nih. hukk
nak smbung esok pulak. haha. Puas aku gelakkan sapa yg buat video tutorial pki shawl kt youtube. mcm2 jenis org ada. Yg cover cun nya lain. yg control suaranya jgn ckplah.
ternganga je tgk. Ada yg okayy tu okay lahh. haha.

Eh eh sudah lahh, mengutuk org pulak aku nih.
hikhik. Daaaa . bye bye ! 

Thursday 18 August 2011

Riak sikit je nih. hehe


Rasanya dah lama aku biarkan blog aku nih berserawang! Haha
Bukan takde cerita nak di ceritakan. Cuma malas nak menaip je nih. hehe.
Hmmm. nak cerita apa eh. Hem hem hem. 
Haaa, Semalam aku telah menebas paper Selling dengan baiknya.
Alhamdulillah amin. apa yg aku baca dan fahamkan tu masuk.
Ada laa sikit sikit yg tk dpt jawab. But overall Terbaikk!!  Berkat usaha dan izin Allah jugak. hee
Berbunga bunga hati bila tengok soalan esei. Tapi yang buat risau nya aku guna ayat sendiri. haha. Ntah Sir faham ke tidak. Hope dia faham laa tuh. Ayat pasar je. Nak guna ayat Bombastik mak kureng cerdik sikit. Hihi. kalau nak menghafal semua matilanak. berdarah kepala otak aku nak mengingat 5 chapter tu. huhu . Buatnya Miskomunikesyen? Naya makcik! haha . Haa, Sudah lahh! yang lepas biar lepas.
Sekarang kena study macro pulok.
Haishh, aku lemah sikit bab bab ilmu hisab nih. Takpe chayokk Eka ! Mesti boleh punya. hee ^^,