Monday 22 August 2011

Phewwiittt! Nak Raya dah weyhh! suka3


Assalamualaikum! Perghhh aku lahh orang yg paling bahagia skali kat dunia nih bila sebut fasal Hari Raya .
Alalalalaa sukanya. hakhak . Sempena nak nyambut syawal yg mulia nih . 
Aku meriahkan lah blog aku nih dgn lagu Raya eh.
 Selamat menjamu lagu raya ye semua. 
Ahaaa. Kalau nak menjamu kuih raya silalah dtg ke rumah ! :)

Bukan nak cerita apa. Hari Raya nih hari yg sepesial bg aku! Sbb hari nih laa hari aku dapat melantak dgn byknya dan free of charge pulak tuh. uihhh seronok. Perghhhh! Lagi lagi kalau kena masakan mak wa yg sedap tu. Pagi raya jugak dah lesap mknn atas meja. haha. Seronok lagi bila dapat kumpul ramai2. sepupu sepapat yg jauh jauh tu ( jauh tk berapa jauh laa dkt Johor je pun! haha ) . Lepas tu dpt pakai cantik cantik.
 Bergaya vougey vougey!
Snap picture sana sini hala hala Model malaya .
 Uihhh. Have fun sgt. 

Tapi ada jugak part sedih nya yg tk boleh aku control. Bila nak mintak maap kat Mak Ayah! Ini yang aku tensen nih.
Dah make up.
touch up lawa lawa sekali menangis daa.
Cair terus make up. haha.
Yang peliknya tiap tiap tahun mintak maap menangis. Lepastu buat lagi.
Memang da lumrah laa manusia mcm nih. Tetap tk boleh lari dari buat salah.
Tak kira laa silap kecik ke besar . huhu .

Tapi yg penting sambut Hari Raya nih biar bersederhana . Jgn over sgt yek. Nawaitu sbb nak sambut kemenangan selepas sebulan kita menahan nafsu lapar dahaga dan mcm2 nafsu lagi lah. Syaiton dah kena ikat bulan Ramadhan nih. Kalau ada lagi hamba Allah yg ponteng2 puasa tanpa sbb tu.
 haa lu pikir lahh sendiri. Dah boleh amik kelas belajar tahan nafsu serakah dah tu eh! hahaa :D Haa, so pada yg tk puasa tu.
 Dh boleh dduk kt rumah diam diam dah .
 Tk payah sambut! *Kecuali kaum hawa laa :) 

Tapi dalam meriah2 Hari Raya . Dlm seronok2 sambut  dengan family .Jgn lupa pulak kita sedekahkan Surah Al-fatihah kpd mereka yg dah kembali ke rahmatullah tu. Semoga aman laa mereka dekat sana termasuk slh seorg ahli keluarga aku yg sgt sgt aku syg dan rindu :( iaitu Armahumah kakak ku yg comel dan montel Siti Salmah nih. sayang kau mah! Al-fatihah :) Aku doakan kau terhindar dari azab api neraka, seksa kubur dan tergolong didlm golongan org org yg beriman. Amin amin amin ya rabbal a'lamin. 

Nahh, setakat ni jelaa celoteh aku utk meriah hari raya nih. haha. 
Apa apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitrti kpd semua umat Islam di Malaysia dan seluruh pelusuk Dunia  
( Macam diorang baca entry aku je kan? Hakhak ) takpe janji ikhlas.
Maaf zahir & batin skali yek. Mana tau aku tersilap taip ke atau ada kata kata or statement kt blog aku nih yg menyinggung hati sapa sapa.Segala khilaf harap diampunkan. Sama sama lahh kita membuka lembaran baru Di syawal yg mulia tahun ini. Full stop! :D

Saturday 20 August 2011

Suka suki aku je...

Assalamualaikum! haa, cek nak habaq mai nih.
Uitt, Terkeluaq bahasa utara pulok doh. hehe.
Mentang2 roomate dengan org penang naa. hahaa.
Blajaq laa sikit2 bahasa penang. Belung hok ghoyak ganu lagi nih.
Guane orang johor ghoyak ganu? buruk gok bunyi nye. hikhik:P

Cerita fasal bahasa nih, Housemate aku mcm2 bahasa ada.

Mmg satu Malaysia kitorang nih. hok mai dari penang ada, ganu ado, klate ado, perok ade, nogori pon ada gak. Haa, dah boleh belajar loghat negeri masing2 dah nih.
Tk payah nak amik kelas bahasa ke apa. Cukup pakej! Free of charge je. Hehee.

uhukk! Apa aku nak cerita td ekh? haha.
Boleh pulak cerita fasal bahasa. atoyyy.
Haaa, fasal paper Macro tadi. Alhamdulillah. Dapat jugak aku menjawabnya dengan senang hati skali. Syukur sgt sgt sbb bernasib baik. Assignment yg mdm bg mmg ada hikmahnya. Fiuhhh. Hope next paper e-comm yg baru belajar smpi chapter 2 nih boleh mmbantu. Even dlm test masuk sampai chapter 4. Huhh, nak kena study sndri lagi. Tapi tkpe dimana ada jln disitu ada'highway'. kan kan kan? Ahaahahaa :D

Dah laa, penat nk mengarut panjang lebaq.
Dah penat menngajar c tyra melilit shawl hala hala hana tajima nih. hukk
nak smbung esok pulak. haha. Puas aku gelakkan sapa yg buat video tutorial pki shawl kt youtube. mcm2 jenis org ada. Yg cover cun nya lain. yg control suaranya jgn ckplah.
ternganga je tgk. Ada yg okayy tu okay lahh. haha.

Eh eh sudah lahh, mengutuk org pulak aku nih.
hikhik. Daaaa . bye bye ! 

Thursday 18 August 2011

Riak sikit je nih. hehe


Rasanya dah lama aku biarkan blog aku nih berserawang! Haha
Bukan takde cerita nak di ceritakan. Cuma malas nak menaip je nih. hehe.
Hmmm. nak cerita apa eh. Hem hem hem. 
Haaa, Semalam aku telah menebas paper Selling dengan baiknya.
Alhamdulillah amin. apa yg aku baca dan fahamkan tu masuk.
Ada laa sikit sikit yg tk dpt jawab. But overall Terbaikk!!  Berkat usaha dan izin Allah jugak. hee
Berbunga bunga hati bila tengok soalan esei. Tapi yang buat risau nya aku guna ayat sendiri. haha. Ntah Sir faham ke tidak. Hope dia faham laa tuh. Ayat pasar je. Nak guna ayat Bombastik mak kureng cerdik sikit. Hihi. kalau nak menghafal semua matilanak. berdarah kepala otak aku nak mengingat 5 chapter tu. huhu . Buatnya Miskomunikesyen? Naya makcik! haha . Haa, Sudah lahh! yang lepas biar lepas.
Sekarang kena study macro pulok.
Haishh, aku lemah sikit bab bab ilmu hisab nih. Takpe chayokk Eka ! Mesti boleh punya. hee ^^,

Tuesday 19 April 2011

Pengalamanku hampir diculik :'(



Macam ni cerita nya, time tu aku darjah 4, maknanya umur aku pun masa tu baru 10 tahun lah.
Selalunya kt kampung aku akan ada pasar malam setiap hari jumaat dan isnin.
tp pasar yg terdekat dgn rumah aku pasar malam pada hari jumaat.
betul2 turun bukit rumah aku dah sampai. Dekat sesangat!

Satu hari tu, aku dah plan baik punya dgn akak and jiran2 aku nak pergi laa pasar mlm sama2 konon2nya.
berjalan ramai2 konon2 macam meriah laa.
Tapi ptg tu Mokteh aku dah bawak aku pulak,
tp macam mana pun aku still nak pergi jugak mlm tu. Degil.
Mok teh kata "sudah2 la tu, tadi ptg kan dah pergi".
Ehhhhh, aku degil jugak nak pergiiii. hhhaa pergi laa. 

Haaaa, jalan laa kaki bersama Salmah, Jo dgn shima.
Jo dgn shima ni adek beradik n aku pulak dgn akak aku.
Jalan punya jalan punya jalan.
ada brother neh tegur kitorang, macam ni dialognya 
" Hye dek nak pergi mana tu??"
Brother tu antara org yang jiran kitorang kenal jugak laa.
Then kitorang pun dgn senang hatinya menjawab,
" nak pergi pasar lambak"
Time tu dia sorang je tgh nak start motor.
Kitorang pun jalan la dgn slumber dan tk berfikir apa2. Sampai bawah bukit, Dia tanya rumah org.
Dia kata "tau tak rumah Pak stat?". Kebetulan rumah Pak Stat nya mmg btul2 sebelah dia je.
kitorng tunjuk... "ttuuuuuu". Banyak pulak cekadak dia.
Dia kata, "ohhhhhh. Rumah boing tau tk rumah boing??"
Aku kata tau. Then dia suruh ikut tolong tunjuk kan .
Aku yang lurus bendul lagi bahlol dan bengong ni pergi laa ikut, konon niatnya nak menolong org.
Padahal jiran aku si Jo dah kata , eka jgn. jom lariiii!!
ntah kenapa aku sengal time tu. pergi gak.

Mula mula pusing dekat rumah2 org dan jumpa rumah orang yg nak dicari tu.
lepas tu dia bawak aku keluar dari kampung,
Aku dah tk sedap hati dah time tu.
Then aku tanya " abg nak bawak kita pergi mana ni?? kata nak cari rumah boing."
( kesian kan aku??)
Dia kata " Jap2 , abg nak jumpa kawan abg jap, nnt abg hantar la adek balik eh"
Aku kata " kat mna?". Then dia jawab " kejap je, kat dalam tu"
Nak tau kat mana? Perghh dalam kebun kot!! 
Aku apa lagi, menggeletar lutut. Tiba tiba aku menangis sbb aku rasa takut gila time tu.
Dah la gelap jalan nak keluar tu.
Aku terjun terus dari atas motor tu. Nasib aku baik time aku terjun tu motor tk laju,
then ada sepasang suami isteri ni baru balik dari kebun mlm2 pukul 8 kalau tk silap.

Pakcik tu menjerit dekat brother bengong tu!! herhhh .
pakcik tu kata " hoi, kau nak buat apa kat budak tu???"
aku pun berlari pergi kat pakcik tu. Mamat tu sempat lagi paggil aku " dek cpt dek naik"
Kepala otak dia aku nak naik lagi kan . aku tendang motor dia sambil nangis.
Dia pun blah dengan lajunya.
kakak aku dgn jiran2 aku dah tggu dekat depan rumah aku.
Pakcik tu pun dengan baik hati hantar aku balik rumah naik motor.
Kakak dan jiran2 aku dah pun tggu kt depan rumah dgn keadaan muka yang sgt scary!!

Lepas kejadian tu mak aku terus berhenti kerja.
Ayah pun jumpa and say thanks dekat pak cik tu. Aku ingat nama dia sampai sekarang.
pak cik Ali ah kun ( cina masuk Islam).
Pak cik Ali kata selama ni dia balik kebun tk pernah sampai malam,
paling2 pun pukul 6 ptg dan tk pernah lalu jalan tu.
Tapi haritu tk tau knp dia tergerak hati nak lalu jalan tu.
Kalau tkde Pak cik Ali time tu, tk pasti laa sekarang ni aku kat mana......

Apa lagi balik rumah kena marah gila gila.
degil tknk dengar kata org tua.
biasa laa kalau tak degil bukan budak kecik namanya.
Kejadian tu aku jadikan pengajaran.

So moralnya : Jangan degil!!! dengar kata org tua tua ok!! hehee

Lupa ...

Ini pasal lupa...
Semua orang pernah lupa kan ?
even aku sendiri pun pernah lupa.
Lupa yang mcm mana tu? hahaaaa .
Aku seorang yang sangat sangat sangatlahh pelupa.
Kadang-kadang bila aku kenangkan nasib aku akn dtg mcm mana lah kan ??
hahai , belum tua dah lupa!!!

Lupa aku ni rasanya dah tahap yang kritikal kot,
Sampai mak ayah aku pun bengang dengan aku.
selalu sgt lupa. Benda yang aku lupa kdg2 tu mmg tk masuk akal pun.

Lupa bawak I/C ,
Lupa bwk kasut kerja time kerja,
Lupa letak handphone kat mana,
Lupa letak tiket bas kt mana,
Lupa letak purse kat mana,
Lupa pakai helmet, (yg ni buat2 lupa, heee)
Lupa  time bila nak tukar gear kereta, ( slalu time jamm)
Lupa pakai sitbelt,
Lupa nak bagi signal,
Lupa nak sidai baju yg dah dibasuh, (lama dah rendam)
Lupa nak makan, (time lapar baru teringat)
Lupa nak bawak duit,
Lupa nak bawak buku,
Lupa nak siapkan homework,
Lupa esok ada class,
Lupa ada test bila,
Lupa letak kunci bilik kat mana,
Lupa lupa lupa lupa lupa lupa.
semuanya lupa.

Puncanya aku selalu sgt kata kat mak aku , aku lupa! sdgkan aku tk lupa pun.
haa, hambek kau bahagian.
Aku sekarang dah jadi seorang yg pelupa.
sampai mak dan ayah aku kata,
kalau aku kawen nnt aku lupa laki aku siapa????? HAHAAAA.
Sampai macam tu sekali aku punya lupa.
nasib badan laa nak buat mcm mana .

So, moralnya.
jgn laa selalu sgt ckp kita lupa.
nanti bila dh dapat lupa mcm aku nih susah.
Sakit hati dgn diri sendiri pun ada kadang2! Hahaaiiiii

Sunday 17 April 2011

In Memory :'(

Rasa hati aku ni Tuhan je yg tau. Kisah ni dh lama sbnrnya, tp baru trbukak hati ni nak kongsi sama2 cerita ni.
Time tu aku form 4. Aku ada sorang kakak . Nama dia Salmah. time tu dia pun form 6 lower .

Dia sgt suka bergambar.... :)

Dia hidap pnyakit Palmonary Hypertension sama dgn mak aku. penyakit tu klu bhsa melayunya sakit jantung n paru2 bngkak. Mulanya dia cuma asthma je. tk tau yg selama ni dia hidap pnyakit tu. sbb tiap kali dia kena asthma mak akan bwk dia g hospital. Then biasa laa hospital bg akak aku sedut oksigen dlm 2 jam gitu. then dia suruh balik. tkde pape katanya. makin hari asthma dia makin teruk.
dia active jugak sukan skolah. tp start form 3 dia stop. Sbb asthma . tk blh slh sikit. msti semput.

(2007) Ni Last Raya dia dgn kitorang :'( 

One day dia kena asthma yg sgt teruk n mak aku bwk g klinik Hidayah dkt tman prumahan kitorang.
 Masa check kt klinik tu doctor kata dia ada sakit lain,
tp tk tau sakit apa. So, utk kepastian dia suruh check kt hospital.
Mak pun bwk dia g hospital kulai. Then, pihak hospital just bg sedut gas selama 2 jam n kata tk de pape. 
mak kata ''ank sy ni sakit lain bukan asthma ni''.
pihak hospital pun thn akak aku , sbb mlm tu diorang tk dpt nak check dgn details.
So, bila dah check, jwpnnya sama mcm klinik hidayah,
dia ada sakit selain asthma tp pihak hospital tk dpt tau sakit apa.
Diorang pun transfer akak aku ke Hospital Johor, hospital lebih pakar.
Bila sampai hospital Johor, baru lah dpt detect yg akak aku ni menghidap penyakit Pulmonary Hypertension,
iaitu tekanan darah tinggi pd jantung dan paru-paru,
bila tekanan kuat , jantung jd makin bengkak dan susah utk bernafas.
dan sudah tahap yg terakhir iaitu thp ke 4!!
Bygkan lah betapa terkejutnya kitorng.
Time tu start family kitorang care gila pasal dia.
Dia ni degil sikit, but paling manja dlm family . 
Even aku ank bongsu tp pnggilan adek tu lekat kat dia.
dalam family , kitorang adik beradik mmg rapat sgt sgt.
Ke mana mana pg sama2. mcm belangkas.
Keluar pun adik beradik je. sampai org ingt kitorang kwn2.



Zaman kegemilangan kami. :'(
(Aku, Siah, Eja n Salmah)


Bila doctor dpt detect penyakit akak aku tu, doctor transfer dia ke Institut jantung negara (IJN)
utk bahagian jantung. Dan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) utk bahagian paru-paru.
Dah laa jauh kt KL. Nasib Ayah dah biasa ke sana sbb every 2month ,
mak check up kt sana n ada appoinment dgn doctor.
Tp mak masih thp 3. even thp 3 pun berisiko tggi jugak :'(......
Bila akak aku pg IJN. 
Doctor tetapkan tarikh utk dia pulak every month check up kt situ.
So, setiap bulan mak n akak aku akan ulang alik ke KL !
Cfm2 kitorng tk mmpu nk pergi balik JB-KL tiap2 bulan kan?
So, mak n ayah mohon bantuan baitulmal dan lulus.
So, settle laa pasal pening nak cari duit.


Tak lama lepas tu, kes akak aku jd perhatian media.
Ramai jugak wartawan dtg rumah interview dia.
Byk kali jugak dia masuk paper. Utusan , Nst . yg lain aku tk brape nak ingat.
Tujuan dia masuk paper utk minta bantuan derma organ.
Ada sekali masuk paper utusan mnyatakan jngka hayat dia hny blh brthn selama 2thun je.
Kitorang satu family terkejut dan sedih.Tp kitorng tknk percaya.
Bila dia sndri baca paper tu dia just senyum je. 
Aku tk dpt byg hidup aku tkde dia sbb dia sgt rapat dgn aku.
24 hour kitorng sama2. katil sebelah2.
pergi balik sekolah, semua sama2. aku tau rentak dia mcm mana.
Then dlm masa yg sama , Gas Pantai Timur Sdn.Bhd
mendermakan Mesin Oksigen elektrik pd akak aku.
Dan dia kena sedut oksigen tu 16 jam sehari.
Bygkan laa hidup dia brgantung pd ubt dan gas je.

Best Moment!

Pada tarikh 1/11/2007 , aku ingat lagi hari tu hari rabu.
Time tu aku pergi sekolah sbb nk ambek paper ape ntah , tak ingt.
Then , mak aku call suruh balik cepat sbb akak aku kena panggil pg IJN.
Sbb dah ada penderma . Menggeletar lutut aku.
Apa lagi racing la balik rumah.
Sampai2 je rumah , aku naik bilik cari dia.
Dia dah siap pack baju2 yg nk di bwk.
Selalunya dia akan suruh aku yg kemas. 
apa2 aku yg akan buat utk dia, sbb dia dah xlarat.
Kdg2 mndi pun aku tlg. Bila dia suruh mknanya dia mmg dh tk larat.
Mak pun sakit gak, so mngharapkn adek beradek yg gagah2 ni je.
Aku tgk dia dh menanges tp still senyum sbb dia kata dia happy akhirnya ada org nk derma organ pd dia.
3 tahun dia tggu. dan selama 3 thun tu jugak dia masuk paper utk mohon derma organ.
Bila keluar dri rumah , dia siap kata kt kitorang '' ntah aku dpt tgk rumah ni lg ke tdk''.
thn je sebak bila dgr dia ckp mcm tu.


Last dia kt rumah time nak pergi hospital.......

Masa pergi IJN tu , parents kitorang cfm2 la prgi kan.
Dia mmg tk boleh tk berteman, so aku pun follow skali.
Dlm prjalan mak sibuk call family suruh doakan dia, solat hajat semua la.
tp dia blh buat rilex je.mcm tkde pape. 
Aku pun risau jugak, sbb operation neh risikonya tinggi,
pulak tu doctor kata 1st CASE in malaysia operation jantung dan paru-paru sekaligus!
Tp Parents kitorng dah tkde pilihan selain benarkan dia operate.
Itulaa jln terakhir.
Lama jgak mak ayh nk buat keputusan sign surat kebenaran utk dibedah.

Time mnunggu utk dibedah.......Gembira je dia time ni.


Akhirnya, diorang sign jugak.
Mlm tu jugak operation tu dijlnkan pd pukul 8p.m klu tk silap.. 
setiap step akak aku dibedah, dikeluarkan jantungnya, dikeluarkan paru-parunya.
Masukkan jantung baru, masukkan paru2 baru.
Nurse akan send msg pd mak aku. Bygkan laa. dah laa mak aku pun sakit yg sama.
Risau hati ni Tuhan je yg tau.
Kitorng tk tido mlm tu. Sampailaa dia siap dibedah pukul 6 pg.
Lps satu hari, time tu hari Jumaat.
Doctor call suruh dtg hospital sbb jntung akak aku tiba2 berhenti.
aku trpksa tggu kt IPR smntara tggu ayh aku balik dari tgk akak aku.
Berita gmbira, akak aku tkde pape. 
Jantung dia berdenyut semula.


Lepas tu, dia ditmpatkan di bilik ICU.
First aku dtg tgk dia, sebak sgt dgn keadaan dia kaku,
muka bngkak. Aku nmpak bekas jahitan kt dada dia yg masih merah lg time tu.
Hampir2 nak pngsan aku kt situ. Sbb aku mmg tk boleh tgk darah.
Bila tgk atau bau drh aku akan pning.
Start dari hari tu, aku tk sng duduk,
hari2 kitorng akan melawat dia.
Lama jugak dia tk sedarkan diri.
habes bengkak2 satu bdn dia. Bila dia dh sedar.
Aku cuba ckp dgn dia, tp dia mcm blur. Xleh blah sebak hati ni.
Dia tk boleh ckp sbb ada salur oksigen kt mulut dia .
Dan setiap hari tu jugak laa aku menangis.

Kalau tk silap, lepas 24 hari dia dibedah, doctor kata ada komplikasi berlaku.
Doctor kata tapak kaki dia biru disbbkan drh beku.
 Family aku tny mcm mana boleh jd mcm tu?
Kemungkinan besar doctor kata masa jantung akak aku brhnti tu darah tk smpai ke kaki.
Lg pulak saluran urat akak aku kecik. 
Mulanya, doc kata nak tebuk pnggang dia utk sedut drh beku tu,
tp tk blh sbb dah ada jangkitan kuman. bahaya katanya.


Kitorng pun pergi hospital utk discuss pasal tu.
Meeting dgn doctor2 pakar tu semua.
Diorang kata terpaksa potong kedua2 belah kaki akak aku.
hancur hati kitorang semua bila dgr doc kata mcm tu.
mungkin bawah lutut, tp bila dpt result baru, doctor mntak maaf sgt sbb terpaksa potong paras peha dia.
Time tu akak2 aku dari JB ada dtg, Kitorang menangis tk ingt dunia. tersedu2 tk tau nk kata apa.
Sbb Salmah ni dia seorang yg suka brgaya, suka cntik2. 
So, kitorng takut dia tk dpt terima bila dia tahu dia tkde kaki.
Sbb sebelum tu dia ada kata , ''lps aku operate blh laa lumba lari dgn korang.
mesti aku mng .HAHA''. xblh nk byg bila teringt dia kata mcm tu.


Mula2 dia tk perasan kaki dia tk de.
Sbb doctor kata 6bulan prtama slpas kaki dipotong,
pesakit akan rasa kaki tu masih ada. so, kitorng tk risau sgt.
one day, dia suruh aku naikkan katil dia dgn mnggunakan isyarat mata.
Aku pun naikkan laa dgn tk berfikir apa2.
Dia dgn muka cemas tny mana kaki? tp xkeluar suara.
aku just tgk pergerakan mulut dia je. berapa kali dia ulang baru aku dpt tngkap.
Then aku pun buat2 tk fhm. aku turunkan balik katil.
Dia termenung je. Aku cepat2 keluar bilik.


Selepas 26 hari dia berada kt ICU tu. .
Masa tu subuh, ayah aku dpt pnggilan dri doctor suruh satu family dtg.
Time tu akak2 aku dah balik JB.
sampai2 hospital , aku pg toilet dulu. So, mak dgn ayh masuk dulu.
Time aku nk masuk tu, aku dgr mak aku jerit panggil 'adek'.
Betapa lajunya jantung aku, aku lari masuk, dan tgk mak aku terduduk kt lantai.
dgn keadaan dia yg tk brape sihat.
Time tu pukul 4 lebih kt ICU, Akak aku nazak.
Time tu aku rasa dugaan yg paling besar pnh aku hadap.
Paling aku sebak, bila tgk akak aku menjeling pndang mak aku dlm keadaan dia kaku,
n air mata dia mengalir.

Dlm masa yg sama, ayh aku bisik kt telinga dia suruh dia mngucap dan dia mngangguk.
still air mata dia mngalir dan dia tau dia nak pergi dah.
Aku keluar sbb tk sanggup nak tgk.
Aku tmnkan mak aku kat luar.
Dlm pkul 5 lebih nurse panggil aku utk tgk akak aku.
Aku masuk , duduk dan tgk dia. Aku ingt dia ok.
Lepas tu Nurse tu geleng kepala then bgtau aku " Dia dah tkde ea, awk byk bersabar''.
Baru aku perasan mesin tu hny line je.........
aku tutupkan mata dia........

Tuhan tu Maha Kaya dan Maha Adil,
setiap ketentuan yg DIA tetapkan semuanya benar belaka dan ada hikmah disebaliknya.
Pada tarikh 27/11/2007 jam 5:30 a.m, akak aku yg berusia 18 tahun pd masa tu, tlh menghembuskan nafasnya yg terakhir di IJN.
Aku menangis kt situ jugak. 
Aku pening mcm mana nk bgtau mak aku yg trtido kt luar sbb trlalu pnt dn byk mnanges.
Tp mak blh terima. aku bersyukur.


Lepas akak aku dimandikan,
Jenazah dia dibawa pulang ke Kampung kami di Felda Taib Andak, Kulai Johor.
Sepanjang perjalanan aku tk putus2 bacakan yassin utk dia. 
Sampai sekarang hampir 4 tahun dia tggalkan kami sekeluarga.
Mula nya lepas dia pergi, berbulan2 aku murung sbb trkejut.
mcm tk boleh terima dia dh tk de.
Tp Alhamdulillah sekarang Tuhan bukak pintu hati aku supaya terima kenyataan dah tiba ajal dia.
Sunyi rumah tanpa dia.
Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan tergolong dikalangan org2 yg Beriman.
Amin.


Al-Fatihah........