Tuesday, 31 January 2012

My superb entertainer!

Assalamualaikum...
Kali ni Som nak cerita fasal ''MY SUPERB ENTERTAINER".
Som? What kind of name I got? HAHAHA :D
Nak tahu siapa dia? Jeng jeng jeng *angkatangkatkening*
She's my bestfriend and I knew her since we're in secondary school!
Till now, we were together almost 9 year.......

She's very cool, beautiful, crazy, love to laugh out loud :D 
and soooooo funny like DAMNNNN! You are sick MANN! Hahah!
AND yeahhhhhh she's my entertainer.


She made me laugh of every words out from her mouth.
Ahaaaaa, rasanya kalau dia takde dalam list kawan baik aku.
Aku akan jadi orang yang sangat rugi dalam dunia ni.
Sebab dia adalah penghibur yang sangat bagussss. 
Tak sah kalau tak bergelak sakan bila lepak dengan dia.
Bayangkan bila kita tengah marah or sedih,
kita takkan jadi nak marah dan sedih kalau dia dah start buat perangai bengong dia! 



This is my girlfriend QieNa ^____^  Kawan yang ada dengan kita time susah dan senang.
Sampai mak ayah kami pun dah kenal sangat satu sama lain.
Kalau time zaman takde bf dulu dating berdua pun jadi. Haha
Dah ada bf pun still tak sah kalau tak meet each other.
Mesti nak date jugak :)


Dia sangat suka buat orang bedekah sakan dengan lawak lawak dia.
HAHAHA! Apa pun yang dia sebut ada je benda yang boleh buat kita ketawa terbahak bahak!
Dia pandai memasak.
Kalau kahwin tu suami dia tak perlu risau. ahakkk
Walaupun gila gila, dia boleh laksanakan kerja rumah dengan baik. 



Tengoklah perangai dia macam mana. HAHAHAHAHA
Korang pun boleh tengok sendiri dengan mata kasar kan?
Disebabkan picture ni, perut aku yang omel ni jadi mangsa!
Penat aku nak gelak and layan karenah dia!!! :D
And suprisee! selama 9 tahun berkawan kitorang tak pernah bergaduh, selisih faham or whatsoever.
Kitorang sependapat, sekepala dan sangat akrab!
Kadang kadang orang kata kitorang kembar. Bunyi memang kelakar.
Tapi mata orang yang tengok. So, terima jelah walaupun tak ''REDHA'' Kehkehh :D

Kawan suka duka memang susah nak cari.
Kawan bergelak kawan senang memang ramai keliling pinggang.
So, kepada uolls, hargailah kawan yang kita sayang selagi dia masih ada.
Jangan sesekali tinggalkan dia ketika dia jatuh dan susah.
Cuba untuk jadi kawan yang baik dan disayangi.
InsyaAllah kita akan dapat ganjarannya ^_______^ ,v..

As salam.





Monday, 30 January 2012

Berkejar kejaran :D

Pengalaman memang mematangkan kita! :D 

Pengalaman zaman kecik kecik aku memang banyak yang pahit dari yang manis. Dah nasib aku kan nak buat macam mana. Macam macam hal yang aku rasa bila ingat balik memang pecah perut aku gelak sorang sorang!Cerita kena kejar anjing ni memang aku paling menyampah nak cerita,tapi itulah hakikatnya aku tak boleh nak simpan sorang sorang! Haha. Biasalah duduk dekat taman perumahan kan. Melayu, Cina dan India semua ada. Kalau dah terselit bangsa lain selain Melayu dah confirm confirm lah haiwan bernama ANJING ni berkeliaran sana sini. 

Haii laaaaa sakit hati bila aku fikir fikir balik. Persoalannya kenapa mesti AKU??? Aku tak bersalah pun dalam hal ni. Aku cuma lalu depan kedai tuan beliau je. Bukan aku ganggu beliau dan keluarga beliau. Syaiton punya anjing!


Seingat aku, masa tu umurku baru 13/14 tahun. Keluar dari rumah bersama mak dan makcik aku yang masa tu nak pergi kerja. Kilang dekat je sebelah taman perumahan kami. So jalan kaki sekejap dah sampai. Ceritanya aku nak ambil baju sekolah aku yang dihantar kat tailor. Pergi memang lah berteman kan. So, lalu kawasan rumah rumah orang. Bila balik dah sorang sorang memang aku lalu jalan besarlah. 


Jalan punya jalan sampai je depan kedai runcit apek ni dah nampak DUA EKOR ANJING lahanat tu dok tercegat perhatikan aku. INGAT AKU HERAN? Haha. Aku pun jalan je buat tak tahu. Anjing tu dah start first step dia, dari duduk dah tegak bangun dengan body gagah beliau! puiii. Dah tu buat pulak muka pelik. Tak cukup buat muka pelik dan tak hensem beliau tu, dia mai plak dekat dengan aku. Time tu aku terfikir orang selalu kata ''kalau anjing nak kejar jangan lari, kau halau dia or baling apa apa nanti dengan otomatiknya dia akan lari''

Aku dengan BANGGA, penuh semangat dan hanya berbekalkan payung usang menghalau hanjing hanjing tersebut seperti menghalau anak kucing sambil menjolok jolok dan melibas libas ke arah anjing itu. Wahhhhhh! bukan reti nak lari natang ni. Dalam hati aku dah menggigil dah. Lagi dikeluarkan taring taring serupa syaiton beliau kat aku ada lah. Jarak antara aku dengan anjing tu seperti panjang nya pembaris panjang. Ahaaaa, that's cool! Begitu rapat dan akrabnya kami ketika itu. haihhhh laaa. payung pun dah mcm nak rabak dah. Anjing tersebut dah mula mengonggong.....................!




Aku apa lagi?...........................Herhh....Aku lari tak cukup tanah lah!! macam kena kejar hantu. Punya beria muka aku time tu. Kalau ada pertandingan lumba lari aku rasa boleh dapat tempat pertama dihati juri. Wakaka! Bayangkan aku berlari dalam keadaan muka yang sangat menakutkan atau ayat yang paling mudah nak faham dan tepat, MUKA CUAK! haha, pipi bergegar gegar, langkah kaki jangan cakaplah! habes kangkang aku bagi! Aku rasa kalau ada manusia yg cekap mencapai telefon bimbit mereka dan merakamkan aksi aku ketika itu. Mesti aku dah popular dibahan di laman sosial YOUTUBE. Alhamdulillah takde manusia yg sempat berniat jahat untuk merakamkan aksi hebat aku bersama hanjing hanjing tersebut. Syukran! 


Jauh jugak lah aku lari tu. Lepas dari kawasan tuan beliau, beliau stop dan tak kejar dah. Orang semua tengok je aku lari, bukan nak tolong. Malu aku diperhatikan, macam buat aksi stunt pulak!! hadoi. malu malu malu! ;( Yang kelakarnya anjing dah tak kejar, aku masih lari lagi.. erkss? Sampai hujung simpang rumah, aku berhenti sebab sedar anjing tu dah tak kejar lagi. kikiki. Rasa bodoh je time tu. 


Bila dah berhenti je. wooooooo seluruh tubuhku menggeletar. cehhhh kuang ajaq! Penangan anjing tu memang effect sangat kat diri aku yang time tu memang rasa nak gugur jantung. Yang ada dalam kepala otak aku time tu ''ni kalau kena kerenyai dengan anjing ni habes tamat riwayat aku. Huhhhhh'' Alhamdulillah tak jadi apa yang teruk. Cuma rasa diri teruk je time tu. Ahakk. 


Yang lagi buat aku nak bedekah sorang sorang, time dah berhenti tu, lutut menggeletar macam apa pun aku tak tahu lah cerita. Haha! Memang tak boleh nak tahan tahan dah. Habes kangkang aku lari memang mendapat lah kan. Dah tu tersengih sorang sorang kat hujung simpang tu macam orang bodoh dan sengal ubi, logiknya aku tersengih tu sebab terasa diri terselamat dan terlepas dari ancaman ! Haha. Orang sekeliling cuma  tengok je aku. Takde belas kasihan kat kanak kanak betol lah diorang tu. Atleast tolong lah baling objek apa apa kat anjing anjing tu. hmmm. Takpe nasib kaki panjang boleh speed laju sikit! Kalau tak aku rasa anjing tu dah dapat geget kaki aku dah. 


Take five dulu. Tarik nafas panjang panjang sepanjang panjangnya. Hohhh, memang pengalaman mematangkan aku. fhewwwwww! Dah macam samdol sorang sorang. So, aku pun dengan redha dan pasrah balik ke rumah. Sampai rumah kaki masih menggigil lagi. Kesian aku! Sedih betol. Dah lah takde orang kat rumah nak mengadu nasib. sesampai je kat rumah. Duduk dekat sofa untuk menenangkan diri. Masih lagi tergelak sorang sorang mengenangkan nasib aku yang malang haritu. Haishhh.................


So, pesanan kat sini sediakan payung sebelum hujan. Untuk lagi mudah difahami -> Mengelakkan diri dari dikejar anjing, sebelum anjing tersebut memulakan langkah pertama beliau. Baling je apa apa objek yang sempat dicapai. Tak kisahlah batu konkrit ke batu bata ke. Biar beliau RASAKANNNNNNN!!! Haha marah benar bunyinya! *Bloody fool*




Ayah dan Mak :')

Ibu bapa adalah tempat untuk kita bergantung dan mendapat kasih sayang,
tanpa mereka kita takkan kenal erti kehidupan.



Mak ayah orang yang sangat aku sayang dalam dunia ni.
Diorang lah banyak bagi semangat kat aku untuk teruskan pelajaran.
Selalu memotivasikan diri ini dan yang sangat aku hargai bila diorang belikan kereta untuk aku pergi balik kolej,
taknak anak susah bila duduk jauh. taknak anak berpanas berhujan.
Diorang selalu mengharapkan yang terbaik dari aku.




Tapi aku? Belajar sambil lewa, sem lepas heaven hidup aku enjoy sana sini.
Tak sedar di untung kata orang. Manusia selalu terlupa atas nikmat yang diberi. 
Bila tak cukup itu ini sibuk merungut. Bila dah dapat taknak gunakan dengan sebaiknya.
Aku harap semester kali ni aku dapat score A. InsyaAllah dengan usaha dan berkat doa mak ayah dan aku sendiri. Dengan izin Allah aku percaya tak mustahil untuk aku dapatkan apa yang aku impikan selama ni.
Memang aku akui aku seorang yang sederhana dalam pelajaran. Orang kata ''intelligent medium''. Setakat score dua atau tiga paper je. Selebihnya setakat lulus saje. Memang pointer biasa biasa je yang aku dapat setakat ni tapi alhamdulillah makin lama makin meningkat. Syukur! Aku yakin semester kali ni dengan berbekalkan kerajinan dan azam pada tahun baru ini InsyaAllah segala target dan plan aku akan tercapai. Amin! 




Hope aku dapat balas jasa mak ayah aku yang tak terbalas dengan wang ringgit. Hanya pelajaran je lah yang boleh membanggakan diorang. Cukuplah aku dapat capai apa yang aku nak dan senangkan hidup diorang macam mana diorang pernah berkorban untuk besarkan aku dan adik beradik yang lain. Harapan aku  cuma nak tengok diorang bahagia dan rasa dihargai oleh anak anak. 




Kita selalu dengar orang kata ''ibu seorang boleh jaga anak sepuluh orang, tapi anak sepuluh orang belum tentu boleh jaga ibu dan ayah mereka''. Sooooo, aku berdoa sangat pada Tuhan supaya tak tergolong dalam golongan orang orang sebegitu. Amin ya rabbal a'lamin :)

Monday, 22 August 2011

Phewwiittt! Nak Raya dah weyhh! suka3


Assalamualaikum! Perghhh aku lahh orang yg paling bahagia skali kat dunia nih bila sebut fasal Hari Raya .
Alalalalaa sukanya. hakhak . Sempena nak nyambut syawal yg mulia nih . 
Aku meriahkan lah blog aku nih dgn lagu Raya eh.
 Selamat menjamu lagu raya ye semua. 
Ahaaa. Kalau nak menjamu kuih raya silalah dtg ke rumah ! :)

Bukan nak cerita apa. Hari Raya nih hari yg sepesial bg aku! Sbb hari nih laa hari aku dapat melantak dgn byknya dan free of charge pulak tuh. uihhh seronok. Perghhhh! Lagi lagi kalau kena masakan mak wa yg sedap tu. Pagi raya jugak dah lesap mknn atas meja. haha. Seronok lagi bila dapat kumpul ramai2. sepupu sepapat yg jauh jauh tu ( jauh tk berapa jauh laa dkt Johor je pun! haha ) . Lepas tu dpt pakai cantik cantik.
 Bergaya vougey vougey!
Snap picture sana sini hala hala Model malaya .
 Uihhh. Have fun sgt. 

Tapi ada jugak part sedih nya yg tk boleh aku control. Bila nak mintak maap kat Mak Ayah! Ini yang aku tensen nih.
Dah make up.
touch up lawa lawa sekali menangis daa.
Cair terus make up. haha.
Yang peliknya tiap tiap tahun mintak maap menangis. Lepastu buat lagi.
Memang da lumrah laa manusia mcm nih. Tetap tk boleh lari dari buat salah.
Tak kira laa silap kecik ke besar . huhu .

Tapi yg penting sambut Hari Raya nih biar bersederhana . Jgn over sgt yek. Nawaitu sbb nak sambut kemenangan selepas sebulan kita menahan nafsu lapar dahaga dan mcm2 nafsu lagi lah. Syaiton dah kena ikat bulan Ramadhan nih. Kalau ada lagi hamba Allah yg ponteng2 puasa tanpa sbb tu.
 haa lu pikir lahh sendiri. Dah boleh amik kelas belajar tahan nafsu serakah dah tu eh! hahaa :D Haa, so pada yg tk puasa tu.
 Dh boleh dduk kt rumah diam diam dah .
 Tk payah sambut! *Kecuali kaum hawa laa :) 

Tapi dalam meriah2 Hari Raya . Dlm seronok2 sambut  dengan family .Jgn lupa pulak kita sedekahkan Surah Al-fatihah kpd mereka yg dah kembali ke rahmatullah tu. Semoga aman laa mereka dekat sana termasuk slh seorg ahli keluarga aku yg sgt sgt aku syg dan rindu :( iaitu Armahumah kakak ku yg comel dan montel Siti Salmah nih. sayang kau mah! Al-fatihah :) Aku doakan kau terhindar dari azab api neraka, seksa kubur dan tergolong didlm golongan org org yg beriman. Amin amin amin ya rabbal a'lamin. 

Nahh, setakat ni jelaa celoteh aku utk meriah hari raya nih. haha. 
Apa apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitrti kpd semua umat Islam di Malaysia dan seluruh pelusuk Dunia  
( Macam diorang baca entry aku je kan? Hakhak ) takpe janji ikhlas.
Maaf zahir & batin skali yek. Mana tau aku tersilap taip ke atau ada kata kata or statement kt blog aku nih yg menyinggung hati sapa sapa.Segala khilaf harap diampunkan. Sama sama lahh kita membuka lembaran baru Di syawal yg mulia tahun ini. Full stop! :D

Saturday, 20 August 2011

Suka suki aku je...

Assalamualaikum! haa, cek nak habaq mai nih.
Uitt, Terkeluaq bahasa utara pulok doh. hehe.
Mentang2 roomate dengan org penang naa. hahaa.
Blajaq laa sikit2 bahasa penang. Belung hok ghoyak ganu lagi nih.
Guane orang johor ghoyak ganu? buruk gok bunyi nye. hikhik:P

Cerita fasal bahasa nih, Housemate aku mcm2 bahasa ada.

Mmg satu Malaysia kitorang nih. hok mai dari penang ada, ganu ado, klate ado, perok ade, nogori pon ada gak. Haa, dah boleh belajar loghat negeri masing2 dah nih.
Tk payah nak amik kelas bahasa ke apa. Cukup pakej! Free of charge je. Hehee.

uhukk! Apa aku nak cerita td ekh? haha.
Boleh pulak cerita fasal bahasa. atoyyy.
Haaa, fasal paper Macro tadi. Alhamdulillah. Dapat jugak aku menjawabnya dengan senang hati skali. Syukur sgt sgt sbb bernasib baik. Assignment yg mdm bg mmg ada hikmahnya. Fiuhhh. Hope next paper e-comm yg baru belajar smpi chapter 2 nih boleh mmbantu. Even dlm test masuk sampai chapter 4. Huhh, nak kena study sndri lagi. Tapi tkpe dimana ada jln disitu ada'highway'. kan kan kan? Ahaahahaa :D

Dah laa, penat nk mengarut panjang lebaq.
Dah penat menngajar c tyra melilit shawl hala hala hana tajima nih. hukk
nak smbung esok pulak. haha. Puas aku gelakkan sapa yg buat video tutorial pki shawl kt youtube. mcm2 jenis org ada. Yg cover cun nya lain. yg control suaranya jgn ckplah.
ternganga je tgk. Ada yg okayy tu okay lahh. haha.

Eh eh sudah lahh, mengutuk org pulak aku nih.
hikhik. Daaaa . bye bye ! 

Thursday, 18 August 2011

Riak sikit je nih. hehe


Rasanya dah lama aku biarkan blog aku nih berserawang! Haha
Bukan takde cerita nak di ceritakan. Cuma malas nak menaip je nih. hehe.
Hmmm. nak cerita apa eh. Hem hem hem. 
Haaa, Semalam aku telah menebas paper Selling dengan baiknya.
Alhamdulillah amin. apa yg aku baca dan fahamkan tu masuk.
Ada laa sikit sikit yg tk dpt jawab. But overall Terbaikk!!  Berkat usaha dan izin Allah jugak. hee
Berbunga bunga hati bila tengok soalan esei. Tapi yang buat risau nya aku guna ayat sendiri. haha. Ntah Sir faham ke tidak. Hope dia faham laa tuh. Ayat pasar je. Nak guna ayat Bombastik mak kureng cerdik sikit. Hihi. kalau nak menghafal semua matilanak. berdarah kepala otak aku nak mengingat 5 chapter tu. huhu . Buatnya Miskomunikesyen? Naya makcik! haha . Haa, Sudah lahh! yang lepas biar lepas.
Sekarang kena study macro pulok.
Haishh, aku lemah sikit bab bab ilmu hisab nih. Takpe chayokk Eka ! Mesti boleh punya. hee ^^,

Tuesday, 19 April 2011

Pengalamanku hampir diculik :'(



Macam ni cerita nya, time tu aku darjah 4, maknanya umur aku pun masa tu baru 10 tahun lah.
Selalunya kt kampung aku akan ada pasar malam setiap hari jumaat dan isnin.
tp pasar yg terdekat dgn rumah aku pasar malam pada hari jumaat.
betul2 turun bukit rumah aku dah sampai. Dekat sesangat!

Satu hari tu, aku dah plan baik punya dgn akak and jiran2 aku nak pergi laa pasar mlm sama2 konon2nya.
berjalan ramai2 konon2 macam meriah laa.
Tapi ptg tu Mokteh aku dah bawak aku pulak,
tp macam mana pun aku still nak pergi jugak mlm tu. Degil.
Mok teh kata "sudah2 la tu, tadi ptg kan dah pergi".
Ehhhhh, aku degil jugak nak pergiiii. hhhaa pergi laa. 

Haaaa, jalan laa kaki bersama Salmah, Jo dgn shima.
Jo dgn shima ni adek beradik n aku pulak dgn akak aku.
Jalan punya jalan punya jalan.
ada brother neh tegur kitorang, macam ni dialognya 
" Hye dek nak pergi mana tu??"
Brother tu antara org yang jiran kitorang kenal jugak laa.
Then kitorang pun dgn senang hatinya menjawab,
" nak pergi pasar lambak"
Time tu dia sorang je tgh nak start motor.
Kitorang pun jalan la dgn slumber dan tk berfikir apa2. Sampai bawah bukit, Dia tanya rumah org.
Dia kata "tau tak rumah Pak stat?". Kebetulan rumah Pak Stat nya mmg btul2 sebelah dia je.
kitorng tunjuk... "ttuuuuuu". Banyak pulak cekadak dia.
Dia kata, "ohhhhhh. Rumah boing tau tk rumah boing??"
Aku kata tau. Then dia suruh ikut tolong tunjuk kan .
Aku yang lurus bendul lagi bahlol dan bengong ni pergi laa ikut, konon niatnya nak menolong org.
Padahal jiran aku si Jo dah kata , eka jgn. jom lariiii!!
ntah kenapa aku sengal time tu. pergi gak.

Mula mula pusing dekat rumah2 org dan jumpa rumah orang yg nak dicari tu.
lepas tu dia bawak aku keluar dari kampung,
Aku dah tk sedap hati dah time tu.
Then aku tanya " abg nak bawak kita pergi mana ni?? kata nak cari rumah boing."
( kesian kan aku??)
Dia kata " Jap2 , abg nak jumpa kawan abg jap, nnt abg hantar la adek balik eh"
Aku kata " kat mna?". Then dia jawab " kejap je, kat dalam tu"
Nak tau kat mana? Perghh dalam kebun kot!! 
Aku apa lagi, menggeletar lutut. Tiba tiba aku menangis sbb aku rasa takut gila time tu.
Dah la gelap jalan nak keluar tu.
Aku terjun terus dari atas motor tu. Nasib aku baik time aku terjun tu motor tk laju,
then ada sepasang suami isteri ni baru balik dari kebun mlm2 pukul 8 kalau tk silap.

Pakcik tu menjerit dekat brother bengong tu!! herhhh .
pakcik tu kata " hoi, kau nak buat apa kat budak tu???"
aku pun berlari pergi kat pakcik tu. Mamat tu sempat lagi paggil aku " dek cpt dek naik"
Kepala otak dia aku nak naik lagi kan . aku tendang motor dia sambil nangis.
Dia pun blah dengan lajunya.
kakak aku dgn jiran2 aku dah tggu dekat depan rumah aku.
Pakcik tu pun dengan baik hati hantar aku balik rumah naik motor.
Kakak dan jiran2 aku dah pun tggu kt depan rumah dgn keadaan muka yang sgt scary!!

Lepas kejadian tu mak aku terus berhenti kerja.
Ayah pun jumpa and say thanks dekat pak cik tu. Aku ingat nama dia sampai sekarang.
pak cik Ali ah kun ( cina masuk Islam).
Pak cik Ali kata selama ni dia balik kebun tk pernah sampai malam,
paling2 pun pukul 6 ptg dan tk pernah lalu jalan tu.
Tapi haritu tk tau knp dia tergerak hati nak lalu jalan tu.
Kalau tkde Pak cik Ali time tu, tk pasti laa sekarang ni aku kat mana......

Apa lagi balik rumah kena marah gila gila.
degil tknk dengar kata org tua.
biasa laa kalau tak degil bukan budak kecik namanya.
Kejadian tu aku jadikan pengajaran.

So moralnya : Jangan degil!!! dengar kata org tua tua ok!! hehee