Monday 30 January 2012

Ayah dan Mak :')

Ibu bapa adalah tempat untuk kita bergantung dan mendapat kasih sayang,
tanpa mereka kita takkan kenal erti kehidupan.



Mak ayah orang yang sangat aku sayang dalam dunia ni.
Diorang lah banyak bagi semangat kat aku untuk teruskan pelajaran.
Selalu memotivasikan diri ini dan yang sangat aku hargai bila diorang belikan kereta untuk aku pergi balik kolej,
taknak anak susah bila duduk jauh. taknak anak berpanas berhujan.
Diorang selalu mengharapkan yang terbaik dari aku.




Tapi aku? Belajar sambil lewa, sem lepas heaven hidup aku enjoy sana sini.
Tak sedar di untung kata orang. Manusia selalu terlupa atas nikmat yang diberi. 
Bila tak cukup itu ini sibuk merungut. Bila dah dapat taknak gunakan dengan sebaiknya.
Aku harap semester kali ni aku dapat score A. InsyaAllah dengan usaha dan berkat doa mak ayah dan aku sendiri. Dengan izin Allah aku percaya tak mustahil untuk aku dapatkan apa yang aku impikan selama ni.
Memang aku akui aku seorang yang sederhana dalam pelajaran. Orang kata ''intelligent medium''. Setakat score dua atau tiga paper je. Selebihnya setakat lulus saje. Memang pointer biasa biasa je yang aku dapat setakat ni tapi alhamdulillah makin lama makin meningkat. Syukur! Aku yakin semester kali ni dengan berbekalkan kerajinan dan azam pada tahun baru ini InsyaAllah segala target dan plan aku akan tercapai. Amin! 




Hope aku dapat balas jasa mak ayah aku yang tak terbalas dengan wang ringgit. Hanya pelajaran je lah yang boleh membanggakan diorang. Cukuplah aku dapat capai apa yang aku nak dan senangkan hidup diorang macam mana diorang pernah berkorban untuk besarkan aku dan adik beradik yang lain. Harapan aku  cuma nak tengok diorang bahagia dan rasa dihargai oleh anak anak. 




Kita selalu dengar orang kata ''ibu seorang boleh jaga anak sepuluh orang, tapi anak sepuluh orang belum tentu boleh jaga ibu dan ayah mereka''. Sooooo, aku berdoa sangat pada Tuhan supaya tak tergolong dalam golongan orang orang sebegitu. Amin ya rabbal a'lamin :)

No comments:

Post a Comment